Selepas solat Isyak, aku terus naik katil.
Standby nak tido. Jam pukul 10 malam.
Pusing sana pusing sini, mata tetap tak mau pejam.
Tiba-tiba teringat akan mimpi itu.
Mimpi yang aku dapat pada bulan Ramadhan lalu.
Mimpi yang paling aneh aku pernah aku hadapi.
Tidak pasti mengapa dan kenapa.
Mimpi itu terasa seperti benar-benar terjadi.
Aku dibawa oleh seseorang yang aku tidak dapat melihat rupanya.
Hanya mendengar suaranya memberi penerangan terhadap semua yang aku lihat.
Aku dibawa ke kawasan pemakaman yang cantik dan indah.
Di kawasan tepi laut, tampak indah dengan keindahan suasana dan angin laut.
Makam pertama yang ku lihat, beliau memberitahu itu adalah makam mahsuri..
Dihias cantik, berwarna kehijauan. Jelas laut terbentang indah di membelakangi makam itu.
Kemudian aku dibawa jalan lagi ke arah makam yang lain.
Terdapat beberapa makam yang hampir sama.
Begitu cantik dan agak tinggi berbanding makam yang dikatakan milik mahsuri tadi.
Batu yang digunakan seolah bersinar-sinar.
Juga berwarna kehijauan..
Di situ, aku diberitahu.."Inilah makam para sahabat Nabi SAW"..
Aku mengangguk tanda faham..
Kemudian, beliau berkata.."Mari kita ke makam Nabi SAW pula.."
Aku mengikut dengan hati berdebar tidak sabar hendak melihat makam Nabi SAW.
Sedang dalam perjalanan, aku terlihat satu batuan berbentuk seakan bulatan..
seperti perigi gamaknya..cuma ianya agak besar dan sudah tertutup dengan tanah dan pasir.
Ku tanyakan pada beliau, apakah itu? Untuk pertama kalinya aku membuka mulut bertanya.
"Mengapa terdapat lingkaran di sekelilingnya?"
Jawapan yang aku dapat, "lingkaran itu adalah supaya apabila ular cuba masuk ke dalamya,
ular itu tidak akan pernah menemui jalan keluar..ia akan terus melingkar berpusing melalui lingkaran itu"
Aku pun mengangguk tanda faham akan penerangan itu.
Kemudian kami pun berlalu terus ke arah makam Nabi SAW..
Sedang dalam perjalanan...
Tiba-tiba aku terus tersedar.
Mimpi tadi hilang.
Astagfirullahalazimmm.. hampir-hampir aku dapat melihat makam Nabi SAW.
Melihat jam sudah 4 pagi..aku pun terus bangun buat persiapan bersahur.
Mungkin benar roh ku sudah dibawa keluar melawat makam-makam tersebut.
Dan mungkin aku masih belum layak untuk melawat dan melihat makam Nabi SAW.
Bersyukur berpeluang merasai pengalaman sebegitu.
walau aku tak pasti akan kesahihan mimpi itu.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment