Thursday, 28 August 2014

Bukan sombong, tapi....

Guy : @&;$($&@)//
Me : haaa...?
Guy : !(#;#(^@&@() nombo fon !*#?',*#@)$
Me : hahaha...(okay, aku tak paham)
Guy : .....

Bila seorang mamat kelantan cuba mengorat, memang fail!
Satu patah haram aku tak paham apa dia cakap!

Aku tak tau kenapa aku begitu susah hendak memahami bahasa pantai timur.
Kelantan, Terengganu..memang payah aku nak faham.
Lagi-lagi kalau member tu cakap laju nak mampus.
Aku senyum jela. Tak mampu nak mencelah.

Goodnight.



Monday, 25 August 2014

Ye, kosong.
Makin hari makin terasa.
Ada sesuatu yang kurang di situ.
Sudah lama sedar tentang nya,
Tetapi hati seolah begitu degil untuk menafikan.
Pelbagai alasan direka agar akal dapat menerima.
Supaya jiwa merasa lebih tenang.
Tapi jelas ketenangan itu tidak bertahan lama.
Rasa hilang itu kembali lagi.
Aku seperti punya jawapan.
Tetapi tidak tahu bagaimana hendak menjawab.
Tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan.
Bila niat itu hanya separuh
Ikhlas itu seakan tiada.
Bimbang tidak akan utuh di masa depan.



Tuesday, 12 August 2014

Mungkin sebab hati sudah mengeras dari batu,
Jadi tidak mudah untuk merasa perasaan seperti terkejut, sedih atau tekanan perasaan.
Di kala ini,
Seharusnya berperasaan sebegitu kata mereka,
Tetapi tak tahu kenapa, ianya tidah hadir.
Mungkin juga tidak tahu bagaimana hendak meluah,
takut digelar lemah, tidak mahu meraih simpati.
Dengan keyakinan yang sedikit,
Mencuba untuk menilik kejadian hadapan,
Dengan kegembiraan yang diimpikan,
Hmm..nampak seperti mudah. 
Cuba mengiyakan yang tidak.
Di hujung sudut itu, tersorok jauh, pasti perih.
Tidak mampu untuk jujur terhadap diri sendiri.
Apetah lagi orang lain.
Hanya ini yang terbaik akal ku fikirkan.

Sunday, 10 August 2014

My best buddy!

Pabila segala memori dibuang jauh
Jauh sehingga hilang dari pandangan
Sendiri sesat tiada jalan pulang
Mengerti ianya tidak lagi diperlukan
Hati mula rasa kosong
Fikiran rasa tenang
Kesan calar diperhati menyembuh
Bermula lagi putih dan suci
Dan ia semakin kuat
Nah, tidak mungkin tiada yang baiknya.

Monday, 4 August 2014

Ayam

Okay, ini memang tidak disangka-sangka.
Tak pernah aku jangkakan perkara macam ni akan berlaku.
Air mata hampir menitis, emosi tak keruan.
Hanya sebab melihat depan-depan mata,
Seekor ayam ditangkap dari reban,
Dan sedia dibawa untuk disembelih.
Sedang pembeli memilih-milih ayam mana yang hendak dibeli,
dia tunjuk yang itu, yang itu, merujuk kepada ayam yang sedang meyorok di belakang ayam lain.
Penjual pun dengan kasar menarik ayam tu keluar.
Okay, hati mula sebak.
Melihat ayam itu tidak melawan, sepertinya rela...
Kelopak mataku dah mula basah.
Hampir saja menitis air yang tertakung.

Sedikit geram aku melihat pembeli tu.hishh!
Beli je lah ayam yang dah mati disembelih tu.
Kenapa nak ayam hidup???! 



Friday, 1 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Oleh sebab ambil cuti raya sampai seminggu,
Maka masa tidur ku menjadi huru hara.
Siang menjadi malam,
Malam bertukar siang.
Kejadian apa kah ini?