Wednesday, 17 September 2014

Mimpi hari itu

Selepas solat Isyak, aku terus naik katil.
Standby nak tido. Jam pukul 10 malam.
Pusing sana pusing sini, mata tetap tak mau pejam.
Tiba-tiba teringat akan mimpi itu.
Mimpi yang aku dapat pada bulan Ramadhan lalu.
Mimpi yang paling aneh aku pernah aku hadapi.
Tidak pasti mengapa dan kenapa.

Mimpi itu terasa seperti benar-benar terjadi. 
Aku dibawa oleh seseorang yang aku tidak dapat melihat rupanya.
Hanya mendengar suaranya memberi penerangan terhadap semua yang aku lihat.
Aku dibawa ke kawasan pemakaman yang cantik dan indah.
Di kawasan tepi laut, tampak indah dengan keindahan suasana dan angin laut.
Makam pertama yang ku lihat, beliau memberitahu itu adalah makam mahsuri..
Dihias cantik, berwarna kehijauan. Jelas laut terbentang indah di membelakangi makam itu.
Kemudian aku dibawa jalan lagi ke arah makam yang lain.
Terdapat beberapa makam yang hampir sama.
Begitu cantik dan agak tinggi berbanding makam yang dikatakan milik mahsuri tadi.
Batu yang digunakan seolah bersinar-sinar.
Juga berwarna kehijauan..
Di situ, aku diberitahu.."Inilah makam para sahabat Nabi SAW"..
Aku mengangguk tanda faham..
Kemudian, beliau berkata.."Mari kita ke makam Nabi SAW pula.."
Aku mengikut dengan hati berdebar tidak sabar hendak melihat makam Nabi SAW.
Sedang dalam perjalanan, aku terlihat satu batuan berbentuk seakan bulatan..
seperti perigi gamaknya..cuma ianya agak besar dan sudah tertutup dengan tanah dan pasir.
Ku tanyakan pada beliau, apakah itu? Untuk pertama kalinya aku membuka mulut bertanya.
"Mengapa terdapat lingkaran di sekelilingnya?"
Jawapan yang aku dapat, "lingkaran itu adalah supaya apabila ular cuba masuk ke dalamya,
ular itu tidak akan pernah menemui jalan keluar..ia akan terus melingkar berpusing melalui lingkaran itu"
Aku pun mengangguk tanda faham akan penerangan itu.
Kemudian kami pun berlalu terus ke arah makam Nabi SAW..
Sedang dalam perjalanan...
Tiba-tiba aku terus tersedar.
Mimpi tadi hilang. 
Astagfirullahalazimmm.. hampir-hampir aku dapat melihat makam Nabi SAW.
Melihat jam sudah 4 pagi..aku pun terus bangun buat persiapan bersahur.

Mungkin benar roh ku sudah dibawa keluar melawat makam-makam tersebut.
Dan mungkin aku masih belum layak untuk melawat dan melihat makam Nabi SAW.
Bersyukur berpeluang merasai pengalaman sebegitu.
walau aku tak pasti akan kesahihan mimpi itu.

Wallahualam.


Monday, 15 September 2014

Cerita cerito

Hari ni rasa macam terpanggil untuk berfikir tentang kawan.
Kawan yang datangnya dari spesis lelaki.
Spesis yang sedia maklum paling mudah untuk diajak berbincang.
Tak banyak songeh, simple and easy-going.
Hehh, tapi itu semua orang kata la..
Memang fakta nya sebegitu.tak dapat nak disangkal lagi.

Cuma masalah sekarang ni, tak semua geng spesis ni sama.
Ada macam-macam jenis. Dah 26 tahun aku hidup, dah banyak pengalaman jugak la.
Sensitif, kuat touching, suka merajuk. Itu yang konon-konon macam manja la.
Yang panas baran, suka mencarut, suka cakap 18sx..ini yang seakan hero pulak.
yang paling banyak, suka tipu. Samada tipu sunat atau tipu tak sunat.eh?
Diorang ni menipu ada banyak sebab. 
Sebab paling tipikal ialah nak jaga hati orang perempuan. Kata mereka lah.
Lain-lain mungkin sebab nak tunjuk dia power, atau nak elak dari bergaduh, dan mungkin juga nak tutup rahsia. Ada banyak sebab lain why men lie. 
Ala..perempuan pun ada yang tipu jugak. And guna alasan yang sama macam lelaki.
Nak jaga hati.......

Yang aku rasa macam susah sikit ni bila ada spesis lelaki yang susah betul nak cakap benar.
I mean cakap tak direct, pusing sana pusing sini.
Bila dah berpusing sana sini, aku pun pening la.
Bila dah pening, aku dah tak boleh nak fikir panjang.
End up aku abaikan je. 
Aku ingat lelaki paling direct, rupanya banyak jugak spesis suka meraban ikut jalan jauh ni.
Apa yang susah nya nak cakap benar, cakap je la dengan penuh confident. Kau kan lelaki.
Malu-malu ni bukan sifat lelaki. 
Direct je cakap, "Aku suka kau."
Kan elok macam tu? Tak payah la aku susah-susah nak kena tanya en.google "why man like this and like that..
Jawapan yang kau bakal dapat nanti kau tak payah nak risau sangat.
Relax je, takde nya kau akan dapat penampar sedas.
Bila kau direct, confirm kau akan dapat jawapan direct. 
Contoh macam, "Sorry..." 
tak dapat nak tolong dah la tu. Kalau itu faham-faham sendiri la okay?
Kalau dapat jawapan yang tak direct tu means ada harapan lagi. Kita andaikan perempuan tu malu-malu kucing nak cakap suka jugak. Diam pun tanda suka jugak tu.hehe

Okay, kembali ke tujuan asal.
And direct. Jauh aku TERpusing ni. 
Aku just nak bagitau, aku tak suka tipu-tipu ni.
Susah la bila main tipu-tipu ni.
Kau nak tau apa? Direct tanya aku.
Kau nk cakap apa? Direct bagitau aku.
Kau suka aku? Aku pun suka kau. haha!











Friday, 12 September 2014

Birthday!

12 September 2014. Turn 26 years old today.
How grateful I am on what I am now. What I have now.
May Allah keep on blessing me and my family.
Selamat Hari Lahir Atika.





Thinking on wishes I am going to make..
the only thing came out from my mind was ...A PARTNER.
Kekeke...






 

Tuesday, 9 September 2014

Nasib tak berapa baik

Sudah dua tahun berturut.
Berturut okay?

Last 2 year, accident. Seminggu terlantar
Last year, high fever. Seminggu jugak terlantar. Siap pakej menangis setiap malam.

Dah dua tahun sambut birthday atas katil. Terlantar. Tidak bertenaga. Tidak bermaya.

Harap-harap tahun ni dapatlah aku keluar celebrate. Harap-harap.

#mohondijauhkansegalakecelakaan

Wednesday, 3 September 2014

Semangat baru.Misi baru

Okay, tak habis lagi tu.
Hobi baru.Suasana baru.Seluar baru.Kasut baru.Stokin baru.Kawan baru.
Kononnya nak dapat perasaan yang real punya..kononnya la.
Okay, let see how far I can go.
#fitness