Monday, 23 June 2014

Kerana terpaksa aku makan.

Pagi ni ada orang order nasi tomato.
Orang tu nak ambil time pagi.
Jadi untuk melengkapkan menu mak suruh aku masakkan ayam masak merah malam semalam.
Mak cakap, "kak, esok pergi kerja boleh la bawak bekal nasi tomato..mak masak nasi tu pagi.."
Aku pun.."okay mak."
Pagi tadi lepas siap-siap nak pergi kerja,
Aku terus turun pergi dapur, konon nak ambil bekal.
Masuk dapur mak baru nak tumis rencah nasi tomato..aduhhh
Okay tak apa la..next time la makan.
Terus salam mak then blah.
Tadi terpaksa balik lewat, jam 8 lebih baru keluar ofis.
Oleh sebab lambat bos pun belanja dinner.
Makan McD je pun.
Okay.dah kenyang.
Sampai rumah, mak cakap,
"Kak, tu mak ada asingkan nasi tomato dengan ayam tu..makan lah.."
Abang and adik aku macam terkejut,
"Eh mak, ada lagi ke ayam masak merah tu? Tadi tengok tak ada pun?"
Dengan selamba mak jawab..
"Ada, mak simpan seketul untuk ika.."
Muka mengejek aku pamerkan kat diorang.
Masing-masing bengang.haha
The thing is...aku dah makan.
Full gila aku rasa makan McD tadi.
Tapi sebab mak dah simpankan sejak pagi tadi, kerana terpaksa aku makan jugak.
Lepas beberapa minit, perut aku sakit gila.
Tank is over loaded. Terus ke toilet.
#terimakasihmak

Friday, 6 June 2014

Banyak sangat ni?

Okay, sekarang ni terlalu banyak cite korea kt tv channel One yang aku follow.
Episode still on-going.
Semuanya best-best belaka.
Fenomena ni menyebabkan aku selalu tido lewat.
Sebab cite habis pukul 12 tengah malam.
Setiap hari hilang 2 jam masa tido.
Oh, ini sangat tidak baik untuk kesihatan mata dan otakku.

Susah nak tengok online, sebab kat ofis sekarang macam banyak kerja je hari-hari.
So, terpaksa bersabar tunggu next episode setiap hari kt tv.

Masalah utama kat sini ialah, aku kurang tidur. 


Wednesday, 4 June 2014

Penat

Sejak akhir-akhir ni, rasa penat tu terasa sangat.
Sangat-sangat sampai aku rasa nak give up.
Dah dekat 2 tahun kerja sini, baru sekarang macam sedar,
"jauh gila aku gi kerja tiap hari, macam mana aku boleh tahan selama ni?"

Tak lama dah aku rasa kerja sini, dah macam tak ada hati.
Separuh hati dah give up. Separuh lagi masih bertahan.
Kita tengok sampai bila separuh hati tu boleh bertahan.

p/s: Job seeking mode is ON