Thursday, 6 March 2014

Menangis setiap hari,
Buat muka kesian setiap masa,
Bersedih setiap saat,

Semuanya langsung tak membantu menyelesaikan masalah.
Hanya membantu memburukkan keadaan.
Ditambah dengan penyakit masyarakat yang gemar pada kejatuhan orang lain,
Keadaan hanya akan bertambah buruk.

Redha dan ikhlaskan hati untuk menerima dugaan.
Tak perlu menjaja kesusahan, hanya menampakkan kelemahan.
Percaya pasti akan temui jalan keluar.
Mungkin sebelumnya terlalu lalai dengan kesenangan hidup,
Sekali sekala dihujani masalah, takkan nak merungut panjang?
Semua pasti ada hikmah.

Terus berusaha mencari jalan keluar.
Perlu kuatkan semangat.
Bila dah cuba yang terbaik, tak ralat bila gagal.
Mungkin bukan rezeki kita.
Usaha dan tawakal. Itu yang sering dikatakan.

Mungkin nampak bahagia luaran,
Dalam hati.... .... .....

Timbulnya pelangi selepas hujan lebat.
Walau hanya kata-kata, tapi tetap mampu membantu menenangkan jiwa.

Live life to the fullest. Who knows what will happen tomorrow...  

No comments:

Post a Comment