Perkara normal untuk para pekerja sesebuah syarikat untuk makan tengahari bersama client / supplier.
And bagi aku, okay je..since masa kerja tempat lama pun aku dah di train untuk keluar lunch/dinner appointment dengan client. So, tiada masalah untuk berkomunikasi atau bersosial.
Dulu masa kerja syarikat 100% bumi, memang keliling kita Melayu la..susah nk jumpa bukan Melayu.
Tapi bila dah kerja tempat bukan 100% bumi, semua kaum kita bole jumpa.
and Melayu pulak minoriti. Takpe, aku lagi selesa macam ni. Maklumlah, kadang2 sesama Melayu ni susah sikit. Banyak penyakit.
Ditempatkan di HQ yang hanya mempunyai 3 department saja cukup memberi keselesaan untuk aku.
Department2 lain semua dekat branch Port Klang which is almost 3kali ganda besarnya dari HQ.
And kalau tak silap aku, di HQ hanya ada kurang dari 15 orang di mana aku paling muda (bawah 30).
Kaum cina dominasi ofis HQ dan dalam project team, aku sorang je Melayu.
Dulu ada Sha, tapi dia da dapat better offer. So, tinggal aku sorang2.
Jadi, kalau ada lunch appointment ke apa ke..memang aku sorang jela melayu.
Dikelilingi chinese. And sometime, ada orang tegur, aku ni chinese ke?
Makan satu table, pergi meeting mana2, ramai yang pelik dengan kehadiran aku seorang malay girl di situ.
Kadang2 rasa tak selesa jugak. Lagi2 bila diorang dah start minum + talk about casino club etc.
Aku yang kat tepi2 ni diam ajela. Hanya mampu meneliti.
Paling tak boleh blah, bila salah seorang boss aku which is Melayu, talk about gambling very well.
Siap bagi aku tips kasino mana yang best and macam mana cara main.
Dalam hati aku mampu mengucap panjang aje laa...
"This is all about business atika.."katanya....
Hampir sahaja aku mengeluarkan kata2 kesat kat dia. -.-
No comments:
Post a Comment