Friday, 17 January 2014

Dari hati

Perkenalan yang hanya beberapa minggu.
Kemesraan yang terjadi kerana keserasian bersama.
Semakin hari, semakin banyak perkara dikongsi bersama.
Walau pada mula tak terniat dihati untuk mendedah terlalu banyak tentang diri.
Soalan demi soalan dilontarkan untuk lebih mengenali.
Jawapan terpaksa juga diberi untuk tidak mengecilkan hati.
Sampai suatu saat, perasaan itu terhenti.
Setiap hubungan pasti ada limit. 
Puncak limit sudah pun kelihatan. 
Bila sudah berfikiran rasional, mereka menganggap ku tak punya hati.
Bukan tak mahu meneruskan, tapi untuk mengelak terjadinya onar.

Kenapa begitu mudah ungkapkan kata cinta?
Mereka menyebut tentang cinta pandang pertama.
Mereka berkata cinta datang dengan tiba-tiba.

Sikit pun ku tak percaya.

No comments:

Post a Comment