Ye, kosong.
Makin hari makin terasa.
Ada sesuatu yang kurang di situ.
Sudah lama sedar tentang nya,
Tetapi hati seolah begitu degil untuk menafikan.
Pelbagai alasan direka agar akal dapat menerima.
Supaya jiwa merasa lebih tenang.
Tapi jelas ketenangan itu tidak bertahan lama.
Rasa hilang itu kembali lagi.
Aku seperti punya jawapan.
Tetapi tidak tahu bagaimana hendak menjawab.
Tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan.
Bila niat itu hanya separuh
Ikhlas itu seakan tiada.
Bimbang tidak akan utuh di masa depan.
No comments:
Post a Comment