Tuesday, 12 August 2014

Mungkin sebab hati sudah mengeras dari batu,
Jadi tidak mudah untuk merasa perasaan seperti terkejut, sedih atau tekanan perasaan.
Di kala ini,
Seharusnya berperasaan sebegitu kata mereka,
Tetapi tak tahu kenapa, ianya tidah hadir.
Mungkin juga tidak tahu bagaimana hendak meluah,
takut digelar lemah, tidak mahu meraih simpati.
Dengan keyakinan yang sedikit,
Mencuba untuk menilik kejadian hadapan,
Dengan kegembiraan yang diimpikan,
Hmm..nampak seperti mudah. 
Cuba mengiyakan yang tidak.
Di hujung sudut itu, tersorok jauh, pasti perih.
Tidak mampu untuk jujur terhadap diri sendiri.
Apetah lagi orang lain.
Hanya ini yang terbaik akal ku fikirkan.

No comments:

Post a Comment